POWER RANGERS MALAYA

Dibintangi oleh:

Mohd farhan bin shamsuddin (poan maggi kari)
Hairulnizam bin mohd khori (yoe cute)
Muhaimin bin ab kadir (poxx pakwe neelofa)
Mohamad rashid bin selamat (acit jawa)
Nur hidayat bin jamaluddin (bulu-bulu cinta)
Nor aemy binti mizan (melati)
Fatin aqliah nur nabilah binti kamarudin (akak fann!!!)

Tuesday 28 May 2013


WeChat

WeChat !! Apa itu WeChat ? WeChat merupakan aplikasi komunikasi dalam bentuk teks bermesej dan juga mesej bersuara untuk telefon bimbit yang dibangunkan oleh TENCENT Inc. yang berpengkalan di China. Pada peringkat awal pelancaran aplikasi ini, ia dikenali sebagai  “Weixin” di Negara China dan buat kali pertama dilancarkan pada Januari 2011. Aplikasi ini kemudiannya dinaiktaraf untuk menyokong (support) bahasa-bahasa antarabangsa lain selain dari bahasa Cina pada bulan Oktober 2011. Pada bulan April 2012, secara rasminya aplikasi ini dijenamakan semula sebagai “WeChat” selari dengan perkembangan pasaran di serata dunia. Menjelang bulan Mac 2012, aplikasi “WeChat” sudah mempunyai lebih kurang 100juta pengguna tegar dan terus meningkat kepada 200juta pada bulan September 2012 dan terus memuncak sehingga 300juta akaun pengguna pada bulan Januari 2013.
WeChat-3-mag-1024x681SMALL


Aplikasi “WeChat” ini menawarkan kepelbagaian medium komunikasi yang fleksibel dan menyenangkan serta pelbagai seperti  ‘text messaging, hold-to-talk voice messaging, broadcast (one-to-many)messaging, video chat, photo/video sharing, location sharing dan contact information exchange’. Aplikasi “WeChat” juga boleh menyokong (support) jaringan sosial (social networking) melalui perkongsian ‘streaming content  feeds’ dan plug-in ‘location-based social’ seperti  Shakes, Look Around dan Drift Bottle yang membolehkan pengguna “WeChat” tempatan berkomunikasi dengan pengguna luar atau antarabangsa. WeChat juga tersedia untuk kegunaan secara global dengan sokongan (support) sehingga 17 bahasa berlainan termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Cina,Bahasa Indonesia, Portugis, Thai, Vietnam, Rusia dan juga Bahasa Malaysia.


64323_432970510131005_1692549245_nSMALL



Aplikasi “WeChat” boleh didapati dan boleh dimuat turun secara percuma bagi telefon iOS, Android, Symbian, Blackberry dan Windows. Ia menjadi aplikasi pertama dan satu-satunya di dunia yang boleh digunakan di dalam semua kerangka – kerangka (platforms) telefon utama. Aplikasi ini juga boleh disokong oleh WiFi , rangkaian data 3G dan juga 4G.
Untuk info lanjut, anda boleh layari laman  :


  1. WeChat adalah aplikasi chatting percuma! Macam WhatsApp gak.
  2. Boleh digunakan melalui " iPhone (Apple iOS), Android, Windows Phone, Symbian dan Blackberry."
  3. Kelebihan WeChat : 
  • Text messaging
  • Group chat
  • Video call
  • Voice messaging (kembar walkie talkie) - perlu rekod suara kemudian hantar kpd penerima.
  • Boleh sher,like,comment gambar ( kembar instagaram,fb)
  • Fungsi "drift bottle" - mesti pernah tengok movie2 dimana ada seseorang sesat dalam pulau, then letak note dalam bottle, berharap ada orang terjumpa bottle and selamatkan dia. Macam tu lah fungsi "drift bottle ", bes kan ?  Mane tahu korang dapat note dari secret admire ker..
  • Emotion - menyerikan lagi chat 
  • Moments- kongsi moments terbaik anda dengan friend @ group

Pada 2 April 2013, “WeChat” secara rasminya diperkenalkan di Malaysia dengan memperkenalkan 2 duta “WeChat” dari kalangan selebriti tempatan iaitu Lisa Surihani dan Shaheizy Sam. Pengguna WeChat pastinya teruja dengan penambahan perkhidmatannya yang amat menarik serta iklan terbaru WeChat yang juga telah dilancarkan secara rasmi yang dibintangi oleh duta WeChat sendiri iaitu Lisa Surihani dan Shaheizy Sam dan iklan atau TVC tersebut juga mempunyai tiga versi menarik yang boleh anda tonton di kaca televisyen dan juga Youtube.
Tahu apa WeChat ??(  iklan Sam & Lisa)


Laporan segi tiga glObalisasi 17-19 April 2013

    17 April 2013

  • 2200 p.m
  • Bertolak dari UniSZA ke negeri Johor bandaraya selatan.
  • Seramai 65 orang pelajar ISM Sains Sosial sem 8 mengikuti program segi tiga glObalisasi Terengganu, JOhor dan Melaka ini....
  • Taklimat dari pengarah dan guru pengiring sebelum memulakan perjalanan.
    18 April 2013
  • 0600 a.m
  • Tiba di R&R Machap, JohOr...
  • Persiapan diri, solat subuh dan sarapan pagii...

  • 0800 a.m
  • Bertolak ke Perkampungan Nelayan Tangjung Piai, Pontian, JohOr...

  • 1100 a.m
  • Tiba di Perkampungan Nelayan Tangjung Piai, Pontian, JohOr..
  • Berkumpul di Dewan Orang Ramai mendengar taklimat awal oleh wakil kampung, bagi aktiviti ziarah masyarakat kampung namun terpaksa dibatalkan kerana hujan mengundang.....

  • 1230 p.m
  • Memulakan aktiviti dengan melawat ke kawasan jeti nelayan
  • Taklimat oleh wakil Persatuan Nelayan kawasan Pontian
  • Pengenalan kepada kawasan & IKS masyarakat Tanjung Piai, Homestay, Restoren Terapung dll...

  • 1400 p.m
  • Taklimat wakil kg untuk ekspedisi eksplorasi Taman Negara Tanjung Piai
  • Taman Negara Tanjung Piai merupakan kawasan hutan paya bakau semulajadi yang terletak di penghujung kawasan Tanah Asia Tenggara.
  • memiliki pelbagai jenis pokok pakau seperti bakau kurap, bakau minyak dll....

  • 1900 p.m
  • Bertolak ke UTM Skudai sebagai kawasan penginapan kami
  • check-in
  • sleep time

   19 April 2013
  • 0900 a.m
  • check-out dan bergerak ke Simpang Renggam hasil jualan hasil IKS masyarakat tempatan
  • ramai2 beli kerepek deh...

  • 1500 p.m
  • Bergerak ke Batu Pahat dan berhenti di R&R untuk menikmati makan tengahari.
  • Kemudian bergerak ke Pagoh, Muar ke rumah Rashid (green rangers) dan pensyarah kami En. Mohamad Hafis Bin Amat Simin (zordon)........

  • 1600 p.m 
  • Selamat tiba di rumah Rashid di Paya Redan, Pagoh...
  • Menikmati sedikit makanan minum petang berupa mee hoon goreng, tempee, mee siput, sambal kicap merupakan makanan tradisional jawa dll....

  • 1730 p.m
  • Bergerak pula ke rumah En. Hafis Amat Simin di Kg. Sungai Alai, Panchor
  • Dihidangkan dengan meehoon sup dan makanan ringan yang lain...

  • 1900 p.m
  • Bertolak ke UTEM Melaka untuk penginapan malam...

    20 April 2013
  • 0900 a.m
  • Check-out dari UTEM
  • Bertolak ke Bandaraya Melaka bandaraya bersejarah...
  • Ramai-ramai berpeleseran sekitar bandar Melaka

  • 1600 p.m
  • Bergerak pulang ke UniSZA....
  • wailal Liqaq.............

Saturday 27 April 2013

Situasi PRU 12&13 di PERLIS

PRU 13

CALON YANG BERTANDING DI PRU 13 DI PERLIS

http://www.myundi.com.my/pru13/perlis.aspx\






ANALISIS PRU DI PERLIS

ISU..
Apabila saya membuat andaian bahawa Umno/BN bakal kalah di Perlis, sesetengah pihak mentafsirkan bahawa kata-kata ini dilontarkan dari perspektif kumpulan yang berkonflik dengan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu semata-mata.
Sebagai bekas orang media, saya tidak akan menyalahkan wartawan yang memetik respons saya kepada pertanyaan beliau yang kemudiannya ditafsir dan ditulis berdasarkan perspektif beliau sendiri. Sebenarnya pandangan, penilaian dan rumusan saya sama sekali tidak ada kaitan dengan kedudukan kononnya sebagai orang kuat kepada sesiapa.
Kepada yang mengenali saya, ‘pemimpin’ saya yang sebenar adalah ‘prinsip’.  Jika saya bersuara dan bertindak, saya pastinya didorong oleh isu prinsip yang meresahkan. Krisis politik Umno Perlis menjelang PRU 12 pada tahun 2008 berlaku kerana pucuk pimpinan khususnya Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi)  melanggar prinsip, sistem dan amalan parti.
Senarai calon yang dikemukakan oleh Badan Perhubungan dan Bahagian-bahagian  diketepikan kerana campurtangan Ahli Parlimen Kangar yang pada ketika itu adalah juga Setiausaha Agong Umno/BN. Lebih ‘palat’ lagi, Pak Lah juga akhirnya menerima senarai calon yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kangar dan Padang Besar yang jika dirujuk kepada ‘sistem, amalan dan prinsip’ samasekali tidak berhak dibenarkan berbuat demikian.
Akibat perlanggaran ‘sistem, amalan dan prinsip’ ini,  hak dan suara Bahagian serta Badan Perhubungan telah dinafikan. Akibat pencabulan ini juga ‘tercantaslah’ Ketua Umno Bahagian  Padang Besar, Naib Ketua Umo  Padang Besar dan Allahyarham Ketua Pemuda Padang Besar, Timbalan Ketua Kangar,  Ketua Wanita Kangar, Naib Ketua  Arau serta Ketua Pemuda Arau yang sebenarnya telahpun dicalonkan oleh Bahagian masing-masing dan Badan Perhubungan Umno  Perlis.
Perlu diketahui bahawa sebilangan besar calon DUN dan Parlimen dari Umno yang bertanding dalam PRU 12 dulu adalah calon pintu belakang yang telah terpilih oleh muslihat mereka yang memperdaya dan mempergunakan Pak Lah.
Latarbelakang sebagai calon pintu belakang inilah yang menyebabkan majoriti ADUN akhirnya bertindak mengingkari keputusan Presiden Umno/Pengerusi BN yang telahpun bersetuju dan mengeluarkan watikah untuk Datuk Seri  Shahidan Kassim dilantik sebagai Menteri Pesar Perlis.

‘Produk politik haram’

Saya pernah menggelar MB Perlis selepas PRU 12 sebagai ‘produk politik haram’. Walaupun bunyinya agak kasar, saya yakin kebanyakan ahli Umno  Perlis memahaminya. DS Md Isa tidak pernah dicalonkan oleh Bahagian dan Perhubungan.
Samasekali beliau juga tidak pernah diiktiraf oleh Badan Perhubungan pada ketika itu. Bagaimana perkara ini boleh dibenarkan berlaku adalah titik noda yang amat menghina sistem dan amalan parti.
Seorang AJK Bahagian yang tidak punya kehebatan luar biasa tiba-tiba saja boleh diangkat menjadi MB dengan membelakangkan parti adalah sejarah yang menunjukkan dakwaan bahawa parti menguasai kerajaan adalah suatu pembohongan besar.
Selepas lebih tiga tahun DS Md Isa menjadi MB dan Pengerusi Perhubungan serta diberikan pula laluan untuk menjadi Ketua Umno Kangar, ramai rakan mengharapkan beliau mengambil inisiatif untuk menyatukan semula Umno  Perlis. Malangnya tidak ada tindakan yang diambil beliau.
Kata-kata bahawa Umno/BN Perlis kuat dan bersatu adalah pembohongan fakta. Tanyalah DS Shahidan,  Datuk Zahidi, Datuk  Ismail Kassim,, Azihani Datuk Ali,  sebilangan sahabat-sahabat yang menjadi EXCO dan ADUN serta ramai lagi. Bilakah kita pernah duduk semeja untuk kita selesaikan masalah di antara kita?
Tinjaulah pandangan rakyat di gerai,  pasar tani, pasar  dan lain- lain tempat.
Benarkah rakyat selesa, yakin,  berpuashati dan ‘seronok’ dengan kepimpinan negeri? Saya menyebut bahawa Perlis di ambang kekalahan kerana realiti di bawah cukup membimbangkan dan amat memerlukan suatu ‘wake up call’.
Terus terang, saya amat tidak senang dengan sikap pucuk pimpinan khususnya TS Muhyuddin Yassin yang memandang enteng seolah-olah tidak ada masalah di Perlis.
Lebih parah, apabila mereka meremehkan masalah dengan menganggap krisis politik di Perlis hanyalah masalah  antara Shahidan – Radzi – Md Isa – Azmi Khalid semata-mata.
Apakah mereka menganggap Zahidi – Chu – Azam – Mastika -Hashim – Azihani – Azizan Sulaiman – Sulaiman Shafie – Ammar dan lain-lain hanyalah pak pacak politik yang bersedia untuk dipariahkan untuk kesekian kalinya?
Sejujurnya saya tidak ada masalah dengan majoriti EXCO dan wakil rakyat. Mereka masih kawan dan berkawan dengan saya tidak kira samada mereka wakil rakyat pintu depan atau pintu belakang. Pendirian bersyarat saya jelas … Yang sudah tu sudahlah  !! Ikhlaskan hati dan bersatulah kembali.
Biia saya katakan Perlis di ambang kekalahan bukanlah  bererti saya menyokong ‘kekalahan’ itu. Bila saya katakan DS Md Isa lemah dan tidak berkebolehan, ia adalah manifestasi kekecewaan saya terhadap kelemahan dan ketiadaan kebolehan beliau meraikan perpaduan dengan kawan-kawan saya yang lain.
Saya juga kecewa kerana momentum kemajuan rakyat dan negeri Perlis diganggu oleh api permusuhan politik dalaman yang tidak pernah dipadamkan sehingga pemimpin yang berpotensi disisih dan terus diketepikan.
Drama politik syok sendiri terus dilakonkan dan cerita lawak diterima sebagai cerita serius. Sambil itu, pandangan sinis diangkat sebagai pujian manakala kata-kata perli pula dianggap sebagai suatu pengiktirafan.
Akhirnya Pak Pandir,  Mak Andeh,  Lunchai dan Lebai Malang muncul di jalan untuk menentukan arah dan masa depan kita di Perlis.
Persoalannya : Wajarkah kita turut senada dengan Si Luncai yang membiarkan kepandiran politik dengan ungkapan : Biarkan! Biarkan! Biarkan!


Situasi PRU 12&13 di PERAK

PRU 13..



Calon yang bertanding di PRU 13..




http://www.myundi.com.my/pru13/perak.aspx



Analisi PRU di PERAK..


PRU 13 : PAKATAN PERAK AKAN KUASAI 40 KERUSI DUN

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar (gambar) berkata, Barisan Nasional negeri itu telah melakukan satu kesilapan besar apabila merampas kerajaan pilihan rakyat pada tahun 2009.

“Pada 8 Mac 2008, rakyat Perak telah memberi mandat kepada PAS, PKR dan DAP untuk memerintah negeri Perak. Kehendak rakyat itu wajib dihormati oleh semua pihak,” ujarnya yang juga Adun Tronoh dalam satu kenyataan.

Tetapi, katanya Barisan Nasional Perak kerana ketamakan kuasa telah merampas kerajaan rakyat itu dengan melanggar semua undang-undang yang sedia ada.

Ujarnya lagi, Barisan Nasional telah menubuhkan kerajaan melalui ‘Pintu Belakang’ yang tidak sah di sisi Undang-undang Tubuh Negeri Perak mahu pun Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara ini telah menimbulkan kemarahan seluruh rakyat Perak ketika itu.

“Barisan Nasional mengharapkan bahawa peristiwa rampasan kuasa itu akan dilupai oleh rakyat apabila dimakan oleh masa. Tetapi, andaian Barisan Nasional itu adalah tidak benar,” katanya.

Menurutnya, Perdana Menteri Najib Tun Razak telah membuat perhitungan yang terkeluar dari landasan apabila membuat andaian ‘rakyat Malaysia mudah lupa’.

Beliau berkata, peristiwa rampasan kuasa itu telah terpahat dalam sanubari setiap rakyat perak yang menghormati demokrasi, undang-undang dan keadilan.

Tegasnya, walaupun pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan Barisan Nasional Perak untuk mengalih perhatian rakyat Perak daripada isu itu, tetapi segala usaha itu terbukti gagal.

Rakyat, ujarnya  sedar bahawa kerajaan yang ada hari ini adalah tidak sah atau ‘haram’ di sisi undang-undang.

“Rakyat Perak tidak akan membenarkan keadaan ini berterusan lagi. Negeri Perak memerlukan satu kerajaan  sah yang diberi mandat oleh rakyat,” katanya.

Justeru, katanya lagi masa yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Perak sudah semakin hampir yang mana dalam sebulan dua ini Parlimen dan Dun Perak akan dibubarkan, maka Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat akan turun ke gelanggang pilihanraya.

Kali ini, ujar beliau Barisan Nasional pasti akan tumbang di Negeri Perak kerana kewibawaannya telah terhakis di bawah rejim Barisan Nasional yang tidak sah.

Katanya, rakyat dapat menilai, membuat pertimbangan yang rasional dan membandingkan pemerintahan Pakatan rakyat selama 11 bulan dan pemerintahan Barisan Nasional selama 4 tahun selepas rampasan kuasa.

“Barisan Nasional tidak berjaya membawa apa-apa berubahan yang nyata di Perak. Banyak slogan-slogan retorik seperti  ‘Perak Aman Jaya’,  ‘Tiada Yang Tertinggal, Tiada Yang Terpinggir’ adalah  omong-omong kosong sahaja. Rakyat tidak boleh ditipu lagi dengan janji-janji manis yang tidak dilaksanakan,” ujarnya lagi.

Tambahan pula, ujarnya rakyat Perak juga sedar bahawa dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini lebih daripada 68,000 ekar tanah di seluruh Perak telah diberikan kepada kroni-kroni Barisan Nasional dengan harga premium tanah yang terlalu murah.

Oleh yang demikian, katanya jelas bahawa rampasan kuasa pada tahun 2009 dilakukan adalah semata-mata untuk membolot kekayaan negeri  dan memewahkan lagi pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan kroni-kroninya.

Menurutnya, daripada analisa yang diperolehi daripada pelbagai sumber didapati bahawa Pakatan Rakyat Perak akan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi daripada 59 kerusi yang akan ditandingi untuk Dewan Negeri Perak.

“Kemenangan yang besar ini adalah perlu untuk  menjamin kesejahteraan  dan kedudukan kerajaan yang baru dipilih itu. Pakatan Rakyat Negeri Perak akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menambahkan lagi bilangan kerusi dalam PRU13.

“Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Perak cukup yakin bahawa rakyat negeri Perak akan memberi mandat yang lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang,” katanya.

Saturday 2 March 2013

ORGANISASI SYARIKAT HPA





LOGO HPA



VIDEO  (HPA)

Objektif Syarikat

Menjadi pengusaha No. 1 dan penjual produk herba Muslim di seluruh Malaysia.

Motto Syarikat

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Visi Syarikat

HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan.
HPA komited menjadi pengeluar dan pemasar produk halal melalui jaringan MLM Syariah di negara ini. HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa.


Misi Syarikat

HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herba dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami. HPA juga memberi keutamaan mempelbagaikan keluaran produk-produk halal bagi tiga produk utama iaitu makanan kesihatan, kosmetik dan barangan keperluan harian. HPA menyedia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga, dan masyarakat.


Profil Syarikat



Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan. HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan 1.



PENYATAAN MASALAH HPA

Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh syarikat tersebut. Antaranya ialah perniagaan tradisional yang diamalkan ini tidak dapat beroperasi dalam masa sepanjang hari. Perniagaan tradisional ini juga tidak dapat memberi perkhimatan kepada pelanggan selepas masa tutup untuk beroperasi. Jadi, pelanggan perlu membeli atau mendapatkan perkhidmatan daripada syarikat tersebut pada hari berikutnya. Keadaan sebegini telah menyebabkan pelanggan perlu membazirkan masa untuk datang semula ke syarikat tersebut. Selain itu, masalah lain yang dihadapi oleh HPA Industri Sdn. Bhd. ialah pentadbir tidak dapat menguruskan dan menyimpan rekod pembelian produk secara sistematik dan tersusun. Penyimpan dan pengurusan maklumat secara manual ini perlu mengambil masa lama untuk menyimpan dan menguruskan maklumat tersebut. Kadang kala, syarikat tersebut juga menghadapi masalah seperti masalah kehilangan butiran maklumat dan masalah pencarian maklumat. Kewujudan masalah sebegini disebabkan oleh sistem yang sedia ada ini tidak mempunyai kemudahan pangkalan data untuk proses penyimpanan dan pengurusan maklumat. Sistem yang sedia ada ini juga tidak dapat digunakan untuk membantu pengiraan baki stok secara automatik. Sistem secara manual yang digunakan oleh pentadbir ini perlu mengambil masa yang lama untuk mengira baki stok yang tinggal ataupun menghitung stok yang telah dijual. Selain itu, sistem pengiraan secara manual ini kemungkinan besar adalah tidak tepat. Keadaan sebegini boleh berlaku ketika pentadbir melakukan kesilapan untuk mencatatkan pengiraan tersebut ke dalam fail.


Tuesday 26 February 2013

perbezaan jabatan agama islam Malaysia dgn Brunei



vidoe perlaksanaan hukum hudud  brunei oleh sultan brunei
 


ini bendera brunei





Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah bergambar ramai bersama-sama ahli-ahli Majlis Ugama Islam pada 25hb. September 1990 di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.


MAJLIS UGAMA ISLAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Majlis Ugama Islam adalah merupakan sebuah perbadanan Ugama Islam yang tersendiri (independent body) di Negara Brunei Darussalam yang mempunyai kuasa undang-undang sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Negara Brunei Darussalam iaitu yang digelar Akta Majlis ugama Islam Dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77 (Religious Council and Kadis Courts Act Chapter 77)

Kedudukan Majlis Ugama Islam adalah tinggi dan mempunyai status dan kehormatan yang tersendiri.  Mempunyai kuasa dan wibawa yang besar dalam membuat dan menentukan dasar mengenai masalah keugamaan dan pentadbiran ugama Islam di Negara Brunei Darussalam.  


ARAK DI BRUNEI




Brunei Darussalam adalah sebuah negara kecil di Borneo tetapi amat kaya dengan hasil minyak kurniaan Allah.

Sultan Brunei terkenal dengan harta baginda yang melimpah ruah dan juga dengan sifat 'eccentric' baginda yang mengumpul koleksi kenderaan mewah serta istana2 yang hebat.


Namun baginda tidak lupa akan kewajipan selaku seorang pemerintah Islam untuk melaksanakan tuntutan Syariah di negara kecil tetapi kaya raya itu.


Menteri Hal Ehwal Agama Islam Brunei, 
 Yang Berhormat Dato Seri Utama Dr. Haji Md. Zain bin Haji Serudin tegas menolak usul Ahli Majlis Mesyuarat Negara Brunei Goh King Chin yang memohon supaya di adakan zon khas menjual beli arak bagi memenuhi keperluan para pelancong bukan Islam.

Di Malaysia yang mengaku sebagai sebuah negara Islam, kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan membenarkan kilang arak yang terbesar di rantau Asia beroperasi sekian lama dan ianya dahulu dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman.

Saya pernah mendedahkan tentang ahli ahli lembaga pengarah kilang arak gergasi itu dahulunya terdiri dari kerabat di-raja Negeri Sembilan serta bekas pegawai tinggi tentera yang memakan hasil dari operasi pengilangan arak yang diharamkan didalam ajaran Ad Deenul Islam kita!

Selepas itu kita tengok sudah tidak ada lagi ahli ahli lembaga pengarah kilang arak berkenaan yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Semuanya gara gara pendedahan berkenaan.

Di Malaysia rata rata pekerja bar dan kelab malam yang mengendalikan perniagaan arak masih kebanyakannya terdiri dari lelaki dan wanita Melayu yang mengaku beragama Islam.

Di Selangor semasa Dato' Dr. Hassan Ali menjadi Exco Hal Ehwal Agama Islam, beliau cuba untuk menghalang penjualan arak di premis kedai serbanika 7 Eleven yang beroperasi 24jam. Rampasan arak yang dilakukan Dato Dr Hassan Ali dibantah secara keras oleh Exco Kerajaan Tempatan Selangor Ronnie Liu dan dipaksa arak rampasan itu diserah balik kepada pemilik kedai 7 Eleven berkenaan.

Dato Dr Hassan Ali yang berkedudukan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor ketika itu diasak sebegitu rupa dan akhirnya dipecat dari jawatannya sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor.

Kehilangan jawatan itu membuatkan Dato Dr Hassan Ali terpaksa melepaskan jawatan sebagai Exco Hal Ehwal Agama Selangor dan digantikan dengan Dr. Abdul Rani.

Ini semua jelas menunjukkan bahawa ahli ahli politik dan pemerintah didalam kerajaan baik yang di peringkat Kerajaan Persekutuan Malaysia mahupun didalam Kerajaan2 Negeri yang kononnya memperjuangkan Islam di Malaysia kesemuanya kaki temberang dan tidak benar benar takut kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala tetapi sebaliknya lebih takut kepada desakan dan tuntutan Kaffir2 didalam DAP seperti Ronnie Liu, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan segala kuncu2 mereka yang lain!

Hanya sesudah tidak berkedudukan lagi sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor baru terbit keberanian didalam jiwa Dato' Dr. Hassan Ali untuk berjelajah satu Semenanjung Tanah Melayu ini berkokok bertempik menyuarakan apa yang sebenarnya terkandung didala jiwanya yang terpenjara sebelum ini.

Nasi sudah menjadi bubur beb! Terlambat sudah! Bak kata orang2 Sabah!

Malaysia kita ini hanya umpama sandiwara dunia. Hebat mengaku bahawa kita ni mempunyai Kerajaan yang berteraskan kepada Al Quran dan Hadis Nabi tetapi hakikatnya hanya bagaikan fatamorgana.

DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam



Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Sultan Hassanal Bolkiah dan Yang Berhormat Dato Seri Utama Dr. Haji Md. Zain bin Haji Serudin, Menteri Agama Islam Kerajaan Brunei Darussalam kerna tidak melayan kehendak para kaffir dinegara mereka!   

Brunei Darussalam terbukti mengotakan kata mereka didalam usaha mendaulatkan Islam tetapi disini dakwaan sahaja pemerintahan berasaskan Islam tetapi sujud belaka kepada desakan desakan para kaffir harbi laknatullah!

Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin akur terhadap keputusan Menteri Agama Brunei dan perkara itu berakhir disitu saja.





Jika di Malaysia, sudah tentu puak puak kuffar akan membantah dan memprotes bagaikan orang tak siuman dan akan disokong oleh setan2 bisu yang menjadi rakan pakatan mereka. Beginilah keadaan dan perbezaan diantara Brunei Darussalam yang memperkotakan apa yang mereka kata dan Mamluk Al Malaysia yang lebih kepada cakap cakap auta sahaja. Ini hakikat bukan nya sekadar cerita. 



HUDUD DI BRUNEI



Isu mengenai undang-undang Islam termasuk Hudud mendapat pelbagai maklumbalas dari banyak pihak. Ada pihak yang menentang ianya diaplikasikan di negara kita dan tidak kurang juga yang bersetuju undang-undang Islam tersebut dilaksanakan. Setelah sekian lama isu mengenai Hukum Hudud ini dibangkitkan dan menjadi perbualan ramai, kini Brunei memberi respon terhadap undang-undang Islam yang bakal diimplikasikan secara menyeluruh.
Sultan Brunei telah bertitah untuk mengadakan satu akta yang akan mengikuti undang-undang yang telah digariskan di dalam Islam. Dalam erti kata lain, Brunei akan melaksanakan undang-undang Islam, khususnya melalui penubuhan Akta Jenayah Islam.  Sultan Brunei juga menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.


Siapalah kita di hadapan Allah (SWT), untuk mengatakan ‘tidak atau tunggu’; sedangkan undang-undang (Islam)  bukan baru sahaja digubal, tetapi telah termaktub di dalam Al-Quran dan Al-Hadis semenjak dari 1,400 tahun dan lebih lagi. ” kata Sultan Brunei.





Tutup Perniagaan Hari Jumaat,Titah Sultan Brunei Sempena Aidiladha


BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Brunei Darussalam telah bertitah supaya semua premis perniagaan ditutup sementara untuk tempoh solat Jumaat, Borneo Bulletinmelaporkan.

Titah Baginda sempena Hari Raya Aidiladha ini menekankan agar diambil tindakan segera dalam usaha menegakkan imej Islam negara.

Baginda juga berkata sembahyang bukanlah perkara yang biasa kerana 'ia adalah tanda kesyukuran terhadap nikmat yang telah dikurniakan Allah kepada kita.'

"Jika kita berterima kasih kepada Allah SWT di atas apa yang telah diberikan, Allah menjanjikan untuk memberi dengan lebih banyak, dan jika kita tidak lakukan, Allah SWT mempunyai hak untuk mengenakan hukuman ke atas kita."

Baginda turut bertitah bahawa bersyukur kepada Allah SWT tidak cukup dengan sekadar kata-kata sahaja kerana ia mesti juga mesti ditunjukkan melalui tindakan kita.

"Apabila kita mendapat kekayaan, kita mesti mengatakan 'Alhamdulillah' dan Allah yang Maha Berkuasa juga melihat bagaimana kita menguruskan kekayaan itu. Jika ia digunakan ke arah jalan yang benar, kata-kata syukur kita diterima, jika sebaliknya bukan sahaja ia (syukur) akan ditolak oleh Allah swt, tetapi kesengsaraan akan menunggu kita dan ini adalah keadilan Pencipta kami," titah Seri Baginda berkata.

"Setiap hari dalam kehidupan kita, kita menggunakan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT - udara segar untuk bernafas, bumi untuk kita tinggal dan air yang kita minum -  tanpa semua ini bagaimana dengan nasib kita?" tanya Baginda.

Baginda menambah bahawa semua orang mesti bersyukur kerana berkat dan rahmat ini serta mesti berazam untuk melihat ia berterusan sehingga ke generasi akan datang.

"Kita mestilah sentiasa memelihara nilai murni negara dan bandar kita daripada sebarang bentuk kesalahan kerana ia adalah amanah," katanya lagi.

Bagi menunjukkan imej yang baik dan indah, dalam erti kata lain imej Islam, ia semestinya relevan dengan ciri-ciri sebagai Negara Islam.

Salah satu contoh yang paling awal dalam meningkatkan imej bandar dan negara secara keseluruhannya, adalah sesuai pada hari Jumaat semua premis perniagaan ditutup sementara waktu sehingga selesai solat Jumaat.

Baginda menegaskan bahawa apabila semua premis perniagaan ditutup semasa solat Jumaat, selain daripada ia menjadi imej yang baik, ia juga akan menyelesaikan "sindrom belia melepak" di pusat-pusat membeli-belah atau laluan pejalan kaki ketika muslim yang lain sudah pun berada di dalam masjid.

Jika perkara ini diabaikan, Baginda menegaskan ia akan mencemarkan imej negara dan juga imej Islam. Langkah-langkah ini bukan sahaja sesuai tetapi juga memenuhi kehendak Syarak. Syarak menggesa semua muslim untuk menyahut seruan untuk solat Jumaat dan meninggalkan semua perniagaan buat sementara sehingga selepas solat Jumaat seperti yang dinyatakan dalam ayat 9 dan 10 Surah Al-Jumu'ah.

Baginda berharap bahawa pihak-pihak yang berkenaan, dengan cara yang bersesuaian dan tepat akan dapat menangani isu ini tanpa sebarang kelewatan.







DI MALAYSIA, KITA ADA JAKIM..



LATAR BELAKANG PENUBUHAN PUSAT ISLAM.
Kompleks Pusat Islam Malaysia yang berdiri megah dan gagah di tengah-tengah kesibukan Bandaraya Kuala Lumpur mempunyai kesinambungan sejarah yang bermula dari Masjid Negara Lagi.
Masjid Negara yang dirasmikan pembukaanya pada tahun 1965 oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang Ketiga Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalulail merupakan asas pertama bermulanya segala aktiviti yang membawa terbinanya Kompleks Pusat Islam yang ada sekarang ini.
Bahagian Hal Ehwal Islam,Jabatan Perdana Menteri adalah nama baru yang diberikan kepada Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri.
Pada mulanya bahagian ini merupakan suatu Urusetia di Jabatan Perdana Menteri. Urusetia tersebut diberi nama Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. Urusetia tersebut mula ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja dalam tahun 1968.
Pengerusinya yang pertama ialah Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, dan setiausahanya ialah Dato Haji Ismail bin Panjang Aris. Pada mulanya ia diharapkan dapat disertai oleh semua negeri di Malaysia tetapi pada masa penubuhannya terdapat dua buah negeri yang tidak menyertainya. Negeri-negeri itu ialah Negeri Kedah dan Pahang. Sehingga sekarang kedua-dua negeri tersebut masih belum menyertai Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kini.
Ada dua tugas penting yang diberikan kepada Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ini.Tugas-tugasnya ialah:-
1. Membincang,menimbang dan menguruskan apa-apa perkara yang dirujukan kepada Majlis oleh Majlis Raja-Raja, mana-mana kerajaan Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri atau seseorang ahli Majlis, dengan tujuan hendak memberi nasihat atau pengesyoran.
2. Memberi nasihat kepada Majlis Raja-raja.Kerajaan-kerajaan Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri atas apa-apa perkara berkenaan dengan perundangan atau pentadbiran Agama Islam atau pelajaran Agama Islam dengan tujuan hendak membaiki, menyamakan atau menggalakkan persamaan undang-undang atau pentadbiran.
Semenjak Majlis Hal Ehwal Agama Islam diwujudkan hinggalah sekarang Pengerusinya adalan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia selaras dengan kepentingan Agama Islam dalam Perlembagaan Negara Malaysia. Majlis ini boleh dikatakan sebuah Majlis yang penting kerana bukan saja ia telah menjalankan tugas penyelarasannya tetapi ia telah menjadi forum tertinggi Agama bagi membincang dan memutuskan masalah-masalah dasar agama yang memberi kesan yang besar kepada agama dan umat islam di negara ini.
Dalam tempoh 10 tahun pertama(1970-1980) lebih 20 kali Persidangan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah diadakan dan hampir 200 masalah telahpun diperbincangkan. Dalam persidangan ini berbagai-bagai keputusan telah dibincang dan diputuskan. Antaranya kejayaan-kejayaan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia adalah seperti berikut:
a. Bertanggungjawab mewujudkan Institusi-institusi Islam yang membawa kesan penting kepada perkembangan Agama Islam di negara ini dan diperingkat antarabangsa.
Antara Institusi baru yang telah diwujudkan ialah:
1. Institusi Dakwah dan Latihan Islam(INDAH)
2. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
3. Maktab Perguruan Islam Malaysia
4. Sekolah Menengah Agama di Sarawak
5. Pusat Penyelidikan Islam
6. Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat
7. Lembaga Penyelaras Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam(LEPAI)
Sebahagian dari Institusi-institusi yang tersebut adalah menjadi bahagian yang penting di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri sekarang. Institusi-institusi berkenaan sudahpun menjadi kenyataan dan berkembang dengan pesatnya di bawah menara Pusat Islam Malaysia yang baru.
Pembangunan Fizikal Pusat Islam
Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia memulakan tugasnya pada tahun 1970 apabila Persidangan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam menubuhkan Pusat Penyelidikan Islam (PPI) pada tahun 1971 dan Institut Dakwah & Latihan Islam (INDAH) pada tahun 1974.
Pada 1974 apabila terbentuknya Wilayah Persekutuan, Urusetia Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam telah dinaikan tarafnya menjadi Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri. Sementara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1978 barulah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan diletakkan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan dijadikan satu Jabatan iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Melihat kepada perkembangan Agama Islam di Malaysia yang semakin pesat, maka adalah dirasakan amat perlu pentadbiran Agama Islam mempunyai bangunannya yang tersendiri. Pada waktu permulaan operasinya Urusetia Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam mempunyai pejabat sementaranya di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang Kuala Lumpur, sementara segala aktiviti Agama dijalankan di Masjid Negara.
Maka, pada tahun 1970 Bangunan Lama Pusat Islam yang terletak di jalan Lembah berhampiran dengan Masjid Negara telah didirikan. Perletakan batu asasnya telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein.
Pada tahun 1974 apabila Urusetia Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama dinaikkan tarafnya menjadi Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri, maka tugas dan tanggungjawabnya semakin besar dan mencabar. Pusat-pusat cawangan baru telah ditubuhkan dan dimasukkan di bawah bidang kuasa Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri. Pada masa itu sudah wujud Pusat Penyelidikan Islam (1971). Institut Dakwah dan Latihan Islam (1974) disamping Masjid Negara dan juga Maahad Tahfiz dan juga Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Dengan perkembangan yang begitu pesat, pegawai-pegawai telah bertambah, aktiviti dan program semakin meningkat, ruang0ruang pejabat pula semakin dirasakan sempit dan sesatnya. Menjelang awal tahun 1980, Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri telah berkembang dengan pesat. Pada masa itu cawangan Bahagian Agama terdapat berselerak di sekitar Kuala Lumpur seperti Pusat Penyelidikan Islam di Kompleks Pejabat-pejabat Kerajaan, Jalan Duta, manakala Institut Dakwah dan latihan Islam terletak di Pusat Islam, Jalan Lembah dan dirumah-rumah Kerajaan di jalan Mahameru dan juga di jalan Cenderasari. Demikian juga keadaanya dengan bangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat.
Dibawah Rancangan Malaysia ketiga (1976-80) Bahagian Agama , Jabatan Perdana Menteri telah mendapat peruntukan bagi membina Bangunan 4 tingkat untuk pejabat Menteri Tak Berpotfolio di Jabatan Perdana Menteri dan Kompleks Baru Pusat Islam tetapi Pejabat Menteri itu tidak dapat dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga, lalu dibawa kepada Rancangan Malaysia Keempat.
BAHAGIAN HAL EHWAL ISLAM, JABATAN PERDANA MENTERI
Pada tahun 1984 Bahagian Ugama. Jabatan Perdana Menteri disusun semula dan diperbesarkan. Semua jawatan yang sedia ada dinaikkan taraf. Pada 1hb. Ramadhan 1405 bersamaan 21 Mei,1985 nama Bahagian Ugama ini telah ditukar kepada Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Dalam tahun yang sama Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri telah berpindah ke bangunan yang baru. Kompleks ini telah dibina di atas sebidang tanah seluas 2.43 hektar berhampiran Masjid Negara dengan perbelanjaan sebanyak RM58 juta. Kompleks tersebut mengandungi bangunan menara sebelas tingkat menempatkan pejabat-pejabat dan bilik-bilik kuliah, sebuah auditorium yang boleh memuatkan seramai 1500 orang. Sebuah bangunan tiga tingkat untuk Perpustakaan Awam Islam, Balai Pameran Islam dan Institut Pengajian Al-Quran Wal Qiraat. Kompleks bangunan Bahagian Hal Ehwal Islam dikenali sebagai Pusat Islam Malaysia.
KONSEP REKA BENTUK
Kompleks Pusat Islam mempunyai reka bentuk yang unik dan menarik dengan berteraskan seni bina Islam. Aspek utama yang dijadikan asas dalam mereka bentuk kompleks ini ialah mewujudkan penyesuaian bentuk bangunan dengan keperluannya.
Reka bentuknya disediakan oleh Y.Bhg.Datuk Nik Mohamed bin Mahmud dari Syarikat Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. Kompleks ini direka bentuk seperti istana (castle) dikelilingi oleh dinding-dinding batu dengan dua pintu utama. Diantara tembok dengan bangunan besar terdapat ruang dan laman terbuka (courtyard) yang luas yang boleh memuatkan seramai 6000 orang.
Konsep sebegini terkenal pada zaman kegemilangan Islam silam. Ruang-ruang diantara tembok dengan bangunan serta laman terbuka digunakan sebagai tempat berkumpul, berbincang dan berdiskusi khususnya mengenai hal-hal keagamaan.
STRUKTUR BAHAGIAN HAL EHWAL ISLAM JABATAN PERDANA MENTERI
Bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab itu. Organisasi Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri disusun kepada beberapa Cawangan seperti carta berikut:-
FUNGSI BAHAGIAN HAL EHWAL ISLAM
Bahagian Hal Ehwal Islam dipertanggungjawab untuk melaksanakan salah satu program di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu Pentadbiran Hal Ehwal Islam. Bidang tugas program ini meliputi semua tugas badan-badan perancang dan penyelaras yang dapat dirumuskan seperti:-
a) Usaha-usaha untuk memperbaiki dan menyeragamkan undang-undang dan pentadbiran yang berkaitan dengan hal ehwal islam, hokum syarak dan pelajaran agama islam diseluruh negara.
b) Kegiatan-kegiatan Islam untuk memastikan dasar dan rancangan pembangunan negara berjalan dengan lancar.
c) Program dan aktiviti dakwah islamiah
d) Program dan aktiviti bagi perlaksanaan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran.
e) Program dan aktiviti keislaman dalam Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun
f) Usaha untuk memberi sumbangan ke arah mempertingkatkan dan memperkukuhkan kedudukan agama Islam dan umatnya di Malaysia.
g) Usaha untuk mengawal dan memelihara kesucian akidah dan ajaran Islam di negara ini.
h) Usaha untuk menyelesaikan masalah ummah yang berkaitan dengan isu-isu semasa.
2. Menilai dan memberi cadangan terhadap aktiviti keislaman yang dijalankan
oleh agensi kerajaan dan swasta bagi memastikan tidak berlaku antara
pertentangan antara kepentigan negara dengan kepentingan islam.
3. Merancang aktiviti-aktiviti untuk membantu pihak-pihak berkuasa agama
islam negeri dalam bidang dakwah islamiah.
OBJEKTIF
Objektif program Pentadbiran Hal Ehwal Islam adalah seperti berikut:-
Untuk menentukan bahawa rancangan-rancangan pembangunan ummah
dan perkembangan agama islam di negara ini dilaksanakan secara
bersepadu berdasarkan perancangan dan penyelarasan yang berkesan.”
Secara lebih luas Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) mempunyai dua objektif utama:-
a) Menyelaras pentadbiran Hal Ehwal Islam di Malaysia yang peranan utamanya dilaksanakan oleh Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri.
b) Untuk mengujudkan satu pentadbiran Hal Ehwal Islam yang bersepadu melalui perancangan, Penyelarasan dan perlaksanaan yang berkesan.
PENJELASAN TUGAS

Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri telah menyusun Bahagian ini kepada beberapa cawangan berikut:-
Pentadbiran & Penyelarasan
Pusat Penyelidikan Islam
Institut Dakwah & Latihan Islam (INDAH)
Institut Tahfiz Al-Quran Walqiraat
Penyelarasan & Pembangunan Pendidikan Islam
Penerbitan
Masjid Negara
Urusetia 1
Urusetia 2
Bahagian Hal Ehwal Islam Cawangan Sabah
Bahagian Hal Ehwal Islam Cawangan Sarawak
Sistem Maklumat Islam
Dakwah Khas Orang Asli
PENTADBIRAN DAN PENYELARASAN

Cawangan Pentadbiran dan Penyelarasan bertanggungjawab mengendalikan tujuh tugas utama seperti berikut:-
a) Pentadbiran Am
b) Pengurusan Kewangan Pembangunan
c) Pengurusan Personal
d) Latihan dan Kerjaya
e) Perpustakaan Awam Islam
f) Balai Pameran Islam
Fungsi Cawangan ini adalah seperti berikut:-
a) Melaksanakan urusan-urusan pentadbiran am, pentadbiran personal, pengurusan kewangan, latihan dan kerjaya.
b) Menguruskan perkhidmatan Perpustakaan Awam Islam dan Balai Pameran Islam
c) Menguruskan Majlis Tilawah al-Quran dan seminar yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam.
d) Menguruskan projek-projek pembangunan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...