LOGO HPA
VIDEO (HPA)
Objektif Syarikat
Menjadi pengusaha No. 1 dan penjual produk herba Muslim di seluruh Malaysia.
Motto Syarikat
PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Visi Syarikat
HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan.
HPA komited menjadi pengeluar dan pemasar produk halal melalui jaringan MLM Syariah di negara ini. HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa.
Misi Syarikat
HPA memberi keutamaan mempelbagaikan
lagi rangkaian produk-produk herba dan juga program penyelidikan yang
berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat
membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami. HPA juga memberi keutamaan
mempelbagaikan keluaran produk-produk halal bagi tiga produk utama iaitu
makanan kesihatan, kosmetik dan barangan keperluan harian. HPA menyedia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus
mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah
kejayaan diri, keluarga, dan masyarakat.
Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan
Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada
bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali
dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi,
berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun
ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. Pengalaman HPA pada masa lalu mampu
mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan
perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan.
Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan
mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif
kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan
dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan. HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh
seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di
Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku
pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan 1.
PENYATAAN
MASALAH HPA
Terdapat
beberapa masalah yang dihadapi oleh syarikat tersebut. Antaranya ialah
perniagaan tradisional yang diamalkan ini tidak dapat beroperasi dalam masa
sepanjang hari. Perniagaan tradisional ini juga tidak dapat memberi perkhimatan
kepada pelanggan selepas masa tutup untuk beroperasi. Jadi, pelanggan perlu
membeli atau mendapatkan perkhidmatan daripada syarikat tersebut pada hari
berikutnya. Keadaan sebegini telah menyebabkan pelanggan perlu membazirkan masa
untuk datang semula ke syarikat tersebut. Selain itu, masalah lain yang dihadapi oleh HPA Industri Sdn. Bhd. ialah
pentadbir tidak dapat menguruskan dan menyimpan rekod pembelian produk secara
sistematik dan tersusun. Penyimpan dan pengurusan maklumat secara manual ini
perlu mengambil masa lama untuk menyimpan dan menguruskan maklumat tersebut. Kadang kala, syarikat tersebut juga menghadapi masalah seperti masalah
kehilangan butiran maklumat dan masalah pencarian maklumat. Kewujudan masalah
sebegini disebabkan oleh sistem yang sedia ada ini tidak mempunyai kemudahan
pangkalan data untuk proses penyimpanan dan pengurusan maklumat. Sistem yang sedia ada ini juga tidak dapat digunakan untuk membantu pengiraan
baki stok secara automatik. Sistem secara manual yang digunakan oleh pentadbir
ini perlu mengambil masa yang lama untuk mengira baki stok yang tinggal ataupun
menghitung stok yang telah dijual. Selain itu, sistem pengiraan secara manual
ini kemungkinan besar adalah tidak tepat. Keadaan sebegini boleh berlaku ketika
pentadbir melakukan kesilapan untuk mencatatkan pengiraan tersebut ke dalam
fail.