WeChat
WeChat !! Apa itu WeChat
? WeChat merupakan aplikasi komunikasi dalam bentuk teks bermesej dan
juga mesej bersuara untuk telefon bimbit yang dibangunkan oleh TENCENT Inc.
yang berpengkalan di China. Pada peringkat awal pelancaran aplikasi
ini, ia dikenali sebagai “Weixin” di Negara China dan buat kali pertama
dilancarkan pada Januari 2011. Aplikasi ini kemudiannya dinaiktaraf
untuk menyokong (support) bahasa-bahasa antarabangsa lain selain dari
bahasa Cina pada bulan Oktober 2011. Pada bulan April 2012, secara
rasminya aplikasi ini dijenamakan semula sebagai “WeChat” selari dengan
perkembangan pasaran di serata dunia. Menjelang bulan Mac 2012, aplikasi
“WeChat” sudah mempunyai lebih kurang 100juta pengguna tegar dan terus
meningkat kepada 200juta pada bulan September 2012 dan terus memuncak
sehingga 300juta akaun pengguna pada bulan Januari 2013.
Aplikasi “WeChat” ini menawarkan kepelbagaian medium komunikasi yang fleksibel dan menyenangkan serta pelbagai seperti ‘text messaging, hold-to-talk voice messaging, broadcast (one-to-many)messaging, video chat, photo/video sharing, location sharing dan contact information exchange’. Aplikasi “WeChat” juga boleh menyokong (support) jaringan sosial (social networking) melalui perkongsian ‘streaming content feeds’ dan plug-in ‘location-based social’ seperti Shakes, Look Around dan Drift Bottle yang membolehkan pengguna “WeChat” tempatan berkomunikasi dengan pengguna luar atau antarabangsa. WeChat juga tersedia untuk kegunaan secara global dengan sokongan (support) sehingga 17 bahasa berlainan termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Cina,Bahasa Indonesia, Portugis, Thai, Vietnam, Rusia dan juga Bahasa Malaysia.
Aplikasi “WeChat” boleh didapati dan
boleh dimuat turun secara percuma bagi telefon iOS, Android, Symbian,
Blackberry dan Windows. Ia menjadi aplikasi pertama dan satu-satunya di
dunia yang boleh digunakan di dalam semua kerangka – kerangka
(platforms) telefon utama. Aplikasi ini juga boleh disokong oleh WiFi ,
rangkaian data 3G dan juga 4G.
Untuk info lanjut, anda boleh layari laman :
- WeChat adalah aplikasi chatting percuma! Macam WhatsApp gak.
- Boleh digunakan melalui " iPhone (Apple iOS), Android, Windows Phone, Symbian dan Blackberry."
- Kelebihan WeChat :
- Text messaging
- Group chat
- Video call
- Voice messaging (kembar walkie talkie) - perlu rekod suara kemudian hantar kpd penerima.
- Boleh sher,like,comment gambar ( kembar instagaram,fb)
- Fungsi "drift bottle" - mesti pernah tengok movie2 dimana ada seseorang sesat dalam pulau, then letak note dalam bottle, berharap ada orang terjumpa bottle and selamatkan dia. Macam tu lah fungsi "drift bottle ", bes kan ? Mane tahu korang dapat note dari secret admire ker..
- Emotion - menyerikan lagi chat
- Moments- kongsi moments terbaik anda dengan friend @ group
Pada 2 April 2013, “WeChat” secara rasminya diperkenalkan di Malaysia dengan memperkenalkan 2 duta “WeChat” dari kalangan selebriti tempatan iaitu Lisa Surihani dan Shaheizy Sam. Pengguna WeChat pastinya teruja dengan penambahan perkhidmatannya yang amat menarik serta iklan terbaru WeChat yang juga telah dilancarkan secara rasmi yang dibintangi oleh duta WeChat sendiri iaitu Lisa Surihani dan Shaheizy Sam dan iklan atau TVC tersebut juga mempunyai tiga versi menarik yang boleh anda tonton di kaca televisyen dan juga Youtube.
Tahu apa WeChat ??( iklan Sam & Lisa)